NADI Nurture eKelas Usahawan
9 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Julai 2025, dua sesi webinar NADI Nurture eKelas Usahawan telah berjaya dianjurkan secara dalam talian menerusi platform Zoom. Program ini mensasarkan para usahawan tempatan untuk meningkatkan kemahiran digital dalam bidang penciptaan kandungan dan pengurusan kempen pemasaran.
Sesi pagi (10.00 pagi – 11.00 pagi) bertajuk "Gunakan AI untuk Cipta Kandungan Menarik & Pantas" memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menjana idea, menjimatkan masa serta menarik perhatian pelanggan melalui kandungan yang lebih kreatif dan berkesan.
Sesi petang (2.00 petang – 3.00 petang) pula bertajuk "Strategi Mengurus dan Mengukur Keberhasilan Pemasaran", memfokuskan kepada teknik mengurus kempen pemasaran digital secara cekap, penggunaan automasi, serta strategi menjimatkan kos dengan hasil maksimum.
Kedua-dua sesi ini mendapat sambutan yang baik dan telah memberi nilai tambah kepada para peserta terutamanya usahawan mikro dan kecil.
Program ini mengukuhkan peranan NADI sebagai pusat pembangunan komuniti yang progresif dan berorientasikan digital. Ia memperlihatkan keupayaan NADI dalam menyediakan platform pembelajaran yang relevan, berimpak tinggi dan mesra usahawan. Penganjuran webinar sebegini juga memperluas capaian dan keterlibatan masyarakat terhadap peranan NADI sebagai pemangkin kemajuan ekonomi komuniti secara inklusif dan berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: